Sunday, December 22, 2013

Ziarah Anak Haji Abdullah Kochik

Selepas program gunting rambut percuma dan selepas solat asar di masjid Tmn Pasir Putih...kami ajk meluangkan masa seketika dengan hadir ziarah anak sahabat kita(Hj Abdullah Kochik) di jalan canggung 14.Anak beliau excident dan terbaru seorang lagi excident.Yang terbaru dilangar dari belakang...mengakibatkan kedua2 tumit dan siku retak. Doa kami moga keluarga Hj Abdullah bersabar dgn ujian Allah ini dan moga lekas sembuh...insyaAllah.

Readmore »»

Program Kembali Ke Sekolah(Gunting Rambut Percuma Pas Cawangan Taman Pasir Putih)

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah swt program Kembali Ke Sekolah(Gunting rambut percuma Pas Cawangan Taman Pasir Putih) berjalan lancar dan jayanya.Program yang bermula jam 10 pagi hingga 4 petang ini telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Johor merangkap Ketua Pemuda Pas Kawasan Tebrau sdr.Shamsul Bakri.


Sepanjang program ini seramai 49 orang anak-anak sekolah terlibat.InsyaAllah...melalui pendekatan program-program santai sebegini Pas Taman Pasir Putih lebih rapat dengan masyarakat.InsyaAllah,program sebegini akan diteruskan lagi dimasa-masa akan datang dengan menambahbaik terhadap kekurangan dan kelemahan sepanjang program hari ini. Saya mewakili jawatankuasa program dan ajk pas cawangan merakamkan ucapan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
....lagi foto boleh dilihat di sini...(https://picasaweb.google.com/114709637180475123212/GuntingRambutPercuma2013)

Readmore »»

Tuesday, December 17, 2013

"Daulat Tuanku".Pas Cawangan Taman Pasir Putih"..MENJUNJUNG KASIH kepada Tuanku Sultan Johor kerana telah MENGEMBALIKAN cuti mingguan dari hari Ahad kepada Jumaat. ...sedikit sedutan titah ucapan Sultan Johor ( Baginda bertitah, Jumaat adalah penghulu kepada semua hari dan umat Islam perlu mengambil peluang keberkatan hari Jumaat untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut. “Pada masa kini, kita dapat perhatikan golongan lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu berehat dan tidur. “Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat menunggu imam selesai membaca doa. Kita sedia maklum, di Malaysia ini masih ada beberapa negeri yang mengamalkan cuti pada hari Jumaat malah Johor juga sudah mengamalkannya sebelum ini. “Oleh yang demikian, selepas menilai banyak pandangan, saya membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014,” titah baginda sempena Istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-55, di Dewan Jubli Sultan Ibrahim).

Readmore »»

Gunting Rambut Percuma Untuk Anak-anak Warga Tmn Pasir Putih

Readmore »»

Sunday, July 28, 2013

Majlis Berbuka Puasa Pas Caw Taman Pasir Putih - 2013

Alhamdulillah...satu majlis berbuka puasa telah berjaya dianjurkan oleh Pas caw Tmn Pasir Putih.Majlis ini telah di adakan di Markaz Pas Caw Taman Pasir Putih di Jalan Asli pada 26hb.Julai 2013.Majlis ini diadakan bagi meningkatkan lagi ukhwah antara ajk dan ahli beserta keluarga masing-masing.Alhamdulillah..walaupun pada awalnya hujan lebat namun kedatangan amat menggalakkan.Kedatangan melebihi 75 orang.Pas kawasan Tebrau diwakili oleh ketua Pemuda(Sdr Shamsul Bin Bakri)

Readmore »»