Thursday, July 30, 2009

40 tahun hidup tanpa elektrik



















Antara percaya atau tidak tapi itulah "kenyataan'. Kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu.

Mereka banyak kali telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu usaha pun dilakukan untuk membantu penduduk kampung itu.

Mudah cerita, mereka mendakwa aduan yang dibuat tidak pernah diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, pembangunan pesat yang dicanangkan sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.

"Pemimpin menguar-uarkan keselesaan rakyat perlu diutamakan, namun bagi kami ia tidak memberi sebarang makna berikutan kemudahan air bersih dan elektrik masih belum kami nikmati.

"Kami cemburu melihat kampung-kampung bahkan kawasan felda yang kedudukannya jauh di pedalaman telah lama menikmati kemudahan asas tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber - Kosmo Online dan sekalong tahniah kepada pemuda pas tebrau.

Readmore »»

Sunday, April 19, 2009

Pas Tebrau menerima pimpinan baru


Sekalong TAHNIAH diucapkan kepada "pimpinan Pas Tebrau yang baru".
Besar sungguh amanah yang dipertanggungjawabkan itu.Namun begitu,melalui kerjasama dan kesepaduan gerakerja insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Kepada pimpinan yang lama didoakan agar segala kerja yang telah lakukan itu dikira sebagai amal ibadah oleh Allah.

Kepimpinan baru telah diketui oleh Ustaz Khairul Muntanazar Bin Ismail.






From Pasctpp Album - 2009

Readmore »»

Saturday, April 18, 2009

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tebrau Kali Ke- 24

Assalamualaikum.

Kepada semua AJK dan ahli Pas Cawangan Taman Pasir Putih.

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tebrau Kali Ke- 24 akan diadakan di BILIK MESYUARAT MAAHAD ISLAM AT-TAHFIZ,TMN.MAWAR,P.GUDANG pada 23hb.Rabiul Akhir 1430H bersamaan 19 April 2009M.Ia berlangsung pada pukul 9.00 pagi.

Kepada semua AJK dan ahli Pas Cawangan Taman Pasir Putih di jemput hadir sebagai "perwakilan" dan juga "pemerhati".

Sekian - Harap Maklum.

Readmore »»

Saturday, April 11, 2009

AJK(Lengkap) Pas Cawangan Taman Pasir Putih Sessi 2009 ~ 2011

Alhamdulillah. Mesyuarat yang dirancang telahpun berlangsung dengan baik serta lancar.Syukur alhamdulillah sekali lagi kepada Allah kerana jumlah kedatangan AJK adalah ramai dan pada sessi perbincangan,kesemua yang hadir telah memberi respon dengan amat baik sekali .

Sememangnya Pas Tmn Pasir Putih telah berusia 11 tahun.Satu usia yang amat matang bagi sesuatu pertubuhan.Namun disebabkan oleh beberapa hal yang tidak dapat dielakkan ianya seolah-seolah tidak mencerminkan seperti usianya.Namun, melihat kepada kedatangan serta iltizam AJK pada mesyuarat pertama bagi sessi ini...insyAllah kami akan bekerja lebih baik demi meneruskan kesinambungan perjuangan" para pejuang Islam" yang telah lalu.Tidak ada apa-apa imbuhan yang kami ingin rebutkan melaikan semata-mata "mengejari redha Allah dan keampunanNya".

Berikut adalah senarai nama AJK yang lengkap dan lujnah-lujnah yang di bentuk.Bagi sesiapa yang ingin berhubung, bolehlah berhubung terus dengan AJK tersebut ataupun boleh e-mailkan kami di(pasctpp@yahoo.com.y) ataupun tinggalkan pesanan pada shoutbox di weblog ini.

Pengerusi Tetap : Mohd Ashab Bin Omar
Tim.Pengerusi Tetap :Holani Bin Sainny
Ketua Cawangan : Yusof Bin Sahak
Naib.Ketua Cawangan : Mohd Nassir Bin Mohd Yunus
Ketua Pemuda : Mohd Zabidi
Tim.Ketua Pemuda : Mohd Ayub Al-Falahi
Ketua Muslimat : Puan Roha Binti Surathman
Tim.Ketua Muslimat : Puan Fauziah
Ketua Penerangan : Azlan Bin Hj.Abdul Rahman
AJK 1 : Mohd Feisal Bin Adenan
AJK 2 : Mohd Halim Bin Jaafar
AJK 3 : Hj.Mohd Fauzi Bin Rohani
AJK 4 : Hj.Abdullah Bin Kochik
AJK 5 : Ismail Bin Ibrahim
AJK 6 : Ahmad Bin Amir
AJK 7 : Mohd Yusof Bin Mat Amin
AJK 8 : Yahya Bin Lateh
Setiausaha : Hazimi Bin Jusoh
Bendahari : Ihman Bin Dhari
Pemeriksa Kira-Kira 1 : Puan saripah Binti Jaal
Pemeriksa Kira-Kira 2 : Hj.Abdul Rahman Bin Zakaria

Manakala lujnah-lujnah yang dibentuk adalah:
1- Lujnah Politik,Organisasi dan pilihanraya (Yusof Sahak)
2- Lujnah Tarbiyyah Dan Latihan Kepimpinan (Mohd Feisal Bin Adenan)
3- Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (Mohd Halim Bin Jaafar)
4- Lujnah Keahlian (Mohd Yusof Bin mat Amin)
5- Lujnah Penerangan dan Dakwah (Mohd Nasir Bin Mohd Yunus)
6- Lujnah Perpaduan Nasional (Ihman Bin Dhari)
7- Lujnah Pembangunan Dan Ekonomi (Hj.Mohd Fauzi Bin Rohani)
8- Lujnah Pekerja,Petani,Nelayan dan Peneroka (Ismail Bin Ibrahim)

Readmore »»

Wednesday, April 8, 2009

Mesyuarat AJK Kali - 01 (Sesi 2009/2011)

Assalamualaikum.

Kepada semua AJK Pas Cawangan Tmn Pasir Putih.

Mesyuarat Pas Cawangan Kali Pertama untuk sesi 2009/2011 akan diadakan seperti berikut:
Tempat - Pasti TPP.
Tarikh - 10hb.April 2009.
Masa - 9 malam.

Kesemua AJK dan ahli-ahli Pas TPP(jika ada kelapangan) untuk hadir.Ketepatan masa adalah satu tuntutan Islam.Oleh itu jangan membiasakan diri mengabaikannya.

Seandainya ada AJK yang berkeuzuran untuk hadir sila maklumkan kepada setiausaha melalui phone atau e-mail(pasctpp@yahoo.com.my)

Wassalam

Readmore »»

Monday, March 30, 2009

Takziah Buat Sahabat..Ihman Dhari


Salam "Takziah" buat sahabat kita...saudara Ihman Dhari di atas kematian bapanya(Dhari).

Moga beliau "tabah" dalam menghadapi suasana ini.Suatu hakikat yang mesti kita ingatkan bahawa.."yang hidup pastinya akan merasai mati".

Kepada yang pergi biarlah dia pergi dan yang hidup perlu mengambil pelajaran dan pengajaran dari peristiwa kematian ini.Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk roh arwah Dhari,moga ianya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sebagai Tazkirah untuk kita semua!!!

“Kematian adalah kenyataan yang perit dan yang menakutkan yang mesti dihadapi oleh setiap yang hidup. Tiada manusia yang mempunyai kuasa untuk mengelakkanya. Juga tiada sesiapa disekeliling si mati yang mampu menghalang kematiannya. Kematian adalah sesuatu yang berlaku setiap saat dan ia adalah hakikat yang dihadapi oleh semua; yang muda juga yang tua, yang kaya juga yang miskin, yang kuat juga yang lemah.semuanya sama sahaja kerana tiada sesiapa yang ada perancangan mahupun kemampuan untuk menghalang nya,tiada cara untuk melewakannya.

Firman ALLAH swt:

“ Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan kembali kepada ALLAH, yang mengetahui yang gaib juga yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjaka”

[ surah Al-Jumu’ah 62:8]

‘Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad),maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburuk dan kebaikan sebagai cubaan( yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu akan kembali.”

[surah Al-Anbiyaa 21:34-35]

Sesungguhnya itulah kematian yang menyebabkan ketakutan pada jiwa, yang menutup segala peluang beramal dan apa yang datang sesudahnya lebih-lebih menakutkan. Kerana adakah mana-mana tempat yang boleh seseorang melarikan dirinya untuk menyelamatkan diri dari siksa kubur? Apakah nanti jawapan kita apabila kita disoal di dalam kubur? Sesungguhnya tiada seorangpun daripada kita yang tahu dimanakah tempat kembali kita yang abadi. Adakah syurga yang luasnya seperti bumi dan langit, atau adakah neraka yang bahan apinya daripada manusia dan batu batu?” Ibrahem Bin Adham meniggal dunia 160H), rahimahumullah berkata, apabila beliau disoal tentang ayat yang mafhumnya, “Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescya akanku perkenankan bagimu”

[Surah Ghaafar 40:60]

Kata mereka “ Kami berdoa kepada ALLAH, tetapi Dia tidak mengabuli doa kami”

Maka beliau menjawab:

  • “Kamu kenal ALLAH tetapi kamu tidak menuruti perintah-Nya.
  • Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak bertindak selaras dengannya.
  • Kamu mengenal syaitan tetapi kamu bersetuju dengannya.
  • Kamu mengakui mencintai Rasulullah SWT tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
  • Kamu mengakui mencintai syurga tetapi kamu tidak berusaha mendapatkannya.
  • Kamu takutkan neraka, tetapi kamu tidak berhenti membuat dosa.
  • Kamu berkata, sesungguhnya neraka itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  • Kamu sibukkan diri kamu dengan kesalahan orang lain, tetapi kamu tidak melihat kesalahmu.
  • Kamu makan daripada rezeki yang ALLAH kurniakan,tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.
  • Kamu mengebumikan orang-orang yang mati tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.”

Maka inilah wahai pembaca yang dihormati, kenyataan yang mesti kita benar-benar tanamkan didalam hati-hati kita; kenyatan bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan mempunyai pengakhiran yang telah ditetapkan, dan pengakhiran ini pasti tiba….

Orang-orang benar akan mati…..

Orang orang yang zalim akan mati…..

Para mujahid yang berjihad akan mati…

Mereka yang duduk-duduk dirumah akan mati…

Mereka yang menyibukkan diri dengan aqidah yang benar akan mati…

Mereka yang melayan orang seperti hamba mereka akan mati…

Dia yang berani menolak kezaliman akan mati…

Si pengecut yang cintakan kehidupan didunia ini akan mati….

Orang-orang dengan matlamat besar dan cita-cita mulia akan mati….

Dan si hina yang hidup untuk nikmat dunia akn mati…

“TIAP-TIAP YANG BERJIWA AKAN MERASAI MATI”

[Al-im’raan 3:185]

Oleh itu ingatlah sentiasa saat-saat kematian, dan saat berpindahnya kita ke kehidupan selepas ini, dan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan amalan-amalan kita yang sedikit. Ingatlah akan kebaikan yang akan kita benar-benar mahu kerjakan itu- maka bawalah keinginan itu ke masa ini dan kerjakanlah semuanya hari ini, dan ingatlah segala yang kita harap telah kita tinggalkan pada ketika itu….

Readmore »»

Friday, March 27, 2009

AJK Pas Caw Tmn Pasir Putih Sesi 2009/2011

Alhamdulillah.

Perjalanan mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya seperti yang dirancangkan.Walaupun kedatangan tidak seperti jumlah surat yang diedarkan namun ianya sudah cukup(jumlah) untuk menjalankan mesyuarat agung.

Berikut adalah senarai keputusan jawatan setelah proses kiraan dibuat.

Pengerusi Tetap :Mohd Ashab Bin Omar
Tim.Peng.Tetap :Holani Bin Sainny
Ketua Cawangan :Yusof Bin Sahak
Naib Ket.Caw :Mohd Nasir Bin Mohd Yunus
Ketua Pemuda :Mohd Zabidi
Tim.Ketua Pemuda:Mohd Ayub Al-Falahi
Ketua Muslimat :Puan Roha Binti Suratman
Tim.Ket.Muslimat:Puan Fauziah
AJK 1 :Mohd Feisal Bin Adenan
AJK 2 :Abd.Halim Bin Jaafar
AJK 3 :Hj.Fauzi Bin Rohani
AJK 4 :Hj.Abdullah Bin Kochik
AJK 5 :Ismail Bin Ibrahim
AJK 6 :Ahmad Bin Amir
Pemeriksa Kira-kira 1:Saripah Binti Jaal
Pemeriksa Kira-kira 2:Hj.Abdul Rahman Zakaria

From Pasctpp Album - 2009



From Pasctpp Album - 2009

Tahniah kepada yang terpilih untuk mengemudi Pas Cawangan Taman Pasir Putih.Sesungguhnya Allah telah mentakdirkan sahabat-sahabat terpilih dan Allah tahu sahabat-sahabat memang berkemampuan untuk memimpin.

Apapun diingatkan bahawa perlantikan ini adalah satu "anamah dari Allah" dan "ujian dari Allah".Allah ingin "melihat dan menguji" sejauh mana kita menjalankan amanah yang telah diamanahkan.Kesemuanya ini akan disoal diakhirat nanti.

Firman Allah(Surah Al-Baqarah ayat-214) yang bermaksud.
"Apakah kamu kira bahawa kamu akan dimasukkan ke syurga dengan begitu mudah pada hal belum datang kepadamu(cubaan) sebagaimana halnya umat-umat dahulu sebelum kamu yang ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digongcangkan(dengan bermacam-macam) cubaan,sehingga berkata rasul dan orang-orang yang beriman bilakah tibanya pertolongan Allah,sesungguhnya pertolongan itu sudah hampir."

Wassalam
(Admin - 1)

Readmore »»

Wednesday, March 25, 2009

Mesyuarat Agung Pas Cawangan Tmn P.Putih

Assalamualaikum.

Kepada semua ahli pas Cawangan Taman Pasir Putih(Dun Tiram,Parlimen Tebrau).

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat agung Pas Caw.Tmn Pasir Putih akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27hb.March 2009
Masa : Bermula 7:45 malam
Tempat : Pasti Taman Pasir Putih.

Diharapkan agar semua ahli Pas Cawangan Taman Pasir Putih dapat menghadirkan diri seperti ketetapan di atas.

Readmore »»

Alhamdulillah Syukur Dan Selamat Datang

Alhamdulillah...

Syukur yang tak terhingga dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t. tuhan yang empunya alam ini.Sesungguhnya rahmat dan pertolongan dariNya amat tak terkira banyaknya.

Syukur juga kepada Allah kerana telah memberikan kekuatan kepada saya untuk mula membina satu "web khas untuk pas cawangan taman pasir putih",Pasir Gudang,Johor.

Pewujudan blog ini bertujuan bagi "mencambahkan lagi satu kaedah penerangan dan maklumat" kepada ahli-ahli pas taman pasir putih khususnya.

Harapan saya selaku individu yang memulakan blog ini adalah...mudah-mudahan ianya akan menjadi "rujukan ilmu dan maklumat" bagi masyarakat taman pasir putih samada ianya ahli pas ataupun tidak.

Wassalam.
(Admin - 1)

Readmore »»