Monday, March 30, 2009

Takziah Buat Sahabat..Ihman Dhari


Salam "Takziah" buat sahabat kita...saudara Ihman Dhari di atas kematian bapanya(Dhari).

Moga beliau "tabah" dalam menghadapi suasana ini.Suatu hakikat yang mesti kita ingatkan bahawa.."yang hidup pastinya akan merasai mati".

Kepada yang pergi biarlah dia pergi dan yang hidup perlu mengambil pelajaran dan pengajaran dari peristiwa kematian ini.Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk roh arwah Dhari,moga ianya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sebagai Tazkirah untuk kita semua!!!

“Kematian adalah kenyataan yang perit dan yang menakutkan yang mesti dihadapi oleh setiap yang hidup. Tiada manusia yang mempunyai kuasa untuk mengelakkanya. Juga tiada sesiapa disekeliling si mati yang mampu menghalang kematiannya. Kematian adalah sesuatu yang berlaku setiap saat dan ia adalah hakikat yang dihadapi oleh semua; yang muda juga yang tua, yang kaya juga yang miskin, yang kuat juga yang lemah.semuanya sama sahaja kerana tiada sesiapa yang ada perancangan mahupun kemampuan untuk menghalang nya,tiada cara untuk melewakannya.

Firman ALLAH swt:

“ Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan kembali kepada ALLAH, yang mengetahui yang gaib juga yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjaka”

[ surah Al-Jumu’ah 62:8]

‘Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad),maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburuk dan kebaikan sebagai cubaan( yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu akan kembali.”

[surah Al-Anbiyaa 21:34-35]

Sesungguhnya itulah kematian yang menyebabkan ketakutan pada jiwa, yang menutup segala peluang beramal dan apa yang datang sesudahnya lebih-lebih menakutkan. Kerana adakah mana-mana tempat yang boleh seseorang melarikan dirinya untuk menyelamatkan diri dari siksa kubur? Apakah nanti jawapan kita apabila kita disoal di dalam kubur? Sesungguhnya tiada seorangpun daripada kita yang tahu dimanakah tempat kembali kita yang abadi. Adakah syurga yang luasnya seperti bumi dan langit, atau adakah neraka yang bahan apinya daripada manusia dan batu batu?” Ibrahem Bin Adham meniggal dunia 160H), rahimahumullah berkata, apabila beliau disoal tentang ayat yang mafhumnya, “Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescya akanku perkenankan bagimu”

[Surah Ghaafar 40:60]

Kata mereka “ Kami berdoa kepada ALLAH, tetapi Dia tidak mengabuli doa kami”

Maka beliau menjawab:

  • “Kamu kenal ALLAH tetapi kamu tidak menuruti perintah-Nya.
  • Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak bertindak selaras dengannya.
  • Kamu mengenal syaitan tetapi kamu bersetuju dengannya.
  • Kamu mengakui mencintai Rasulullah SWT tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
  • Kamu mengakui mencintai syurga tetapi kamu tidak berusaha mendapatkannya.
  • Kamu takutkan neraka, tetapi kamu tidak berhenti membuat dosa.
  • Kamu berkata, sesungguhnya neraka itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  • Kamu sibukkan diri kamu dengan kesalahan orang lain, tetapi kamu tidak melihat kesalahmu.
  • Kamu makan daripada rezeki yang ALLAH kurniakan,tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.
  • Kamu mengebumikan orang-orang yang mati tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.”

Maka inilah wahai pembaca yang dihormati, kenyataan yang mesti kita benar-benar tanamkan didalam hati-hati kita; kenyatan bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan mempunyai pengakhiran yang telah ditetapkan, dan pengakhiran ini pasti tiba….

Orang-orang benar akan mati…..

Orang orang yang zalim akan mati…..

Para mujahid yang berjihad akan mati…

Mereka yang duduk-duduk dirumah akan mati…

Mereka yang menyibukkan diri dengan aqidah yang benar akan mati…

Mereka yang melayan orang seperti hamba mereka akan mati…

Dia yang berani menolak kezaliman akan mati…

Si pengecut yang cintakan kehidupan didunia ini akan mati….

Orang-orang dengan matlamat besar dan cita-cita mulia akan mati….

Dan si hina yang hidup untuk nikmat dunia akn mati…

“TIAP-TIAP YANG BERJIWA AKAN MERASAI MATI”

[Al-im’raan 3:185]

Oleh itu ingatlah sentiasa saat-saat kematian, dan saat berpindahnya kita ke kehidupan selepas ini, dan dosa-dosa yang telah kita lakukan dan amalan-amalan kita yang sedikit. Ingatlah akan kebaikan yang akan kita benar-benar mahu kerjakan itu- maka bawalah keinginan itu ke masa ini dan kerjakanlah semuanya hari ini, dan ingatlah segala yang kita harap telah kita tinggalkan pada ketika itu….

0 Comments:

Post a Comment