Sunday, December 22, 2013

Program Kembali Ke Sekolah(Gunting Rambut Percuma Pas Cawangan Taman Pasir Putih)

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah swt program Kembali Ke Sekolah(Gunting rambut percuma Pas Cawangan Taman Pasir Putih) berjalan lancar dan jayanya.Program yang bermula jam 10 pagi hingga 4 petang ini telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Johor merangkap Ketua Pemuda Pas Kawasan Tebrau sdr.Shamsul Bakri.


Sepanjang program ini seramai 49 orang anak-anak sekolah terlibat.InsyaAllah...melalui pendekatan program-program santai sebegini Pas Taman Pasir Putih lebih rapat dengan masyarakat.InsyaAllah,program sebegini akan diteruskan lagi dimasa-masa akan datang dengan menambahbaik terhadap kekurangan dan kelemahan sepanjang program hari ini. Saya mewakili jawatankuasa program dan ajk pas cawangan merakamkan ucapan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
....lagi foto boleh dilihat di sini...(https://picasaweb.google.com/114709637180475123212/GuntingRambutPercuma2013)

Readmore »»

Tuesday, December 17, 2013

"Daulat Tuanku".Pas Cawangan Taman Pasir Putih"..MENJUNJUNG KASIH kepada Tuanku Sultan Johor kerana telah MENGEMBALIKAN cuti mingguan dari hari Ahad kepada Jumaat. ...sedikit sedutan titah ucapan Sultan Johor ( Baginda bertitah, Jumaat adalah penghulu kepada semua hari dan umat Islam perlu mengambil peluang keberkatan hari Jumaat untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut. “Pada masa kini, kita dapat perhatikan golongan lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu berehat dan tidur. “Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat menunggu imam selesai membaca doa. Kita sedia maklum, di Malaysia ini masih ada beberapa negeri yang mengamalkan cuti pada hari Jumaat malah Johor juga sudah mengamalkannya sebelum ini. “Oleh yang demikian, selepas menilai banyak pandangan, saya membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014,” titah baginda sempena Istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Ke-55, di Dewan Jubli Sultan Ibrahim).

Readmore »»

Gunting Rambut Percuma Untuk Anak-anak Warga Tmn Pasir Putih

Readmore »»

Sunday, July 28, 2013

Majlis Berbuka Puasa Pas Caw Taman Pasir Putih - 2013

Alhamdulillah...satu majlis berbuka puasa telah berjaya dianjurkan oleh Pas caw Tmn Pasir Putih.Majlis ini telah di adakan di Markaz Pas Caw Taman Pasir Putih di Jalan Asli pada 26hb.Julai 2013.Majlis ini diadakan bagi meningkatkan lagi ukhwah antara ajk dan ahli beserta keluarga masing-masing.Alhamdulillah..walaupun pada awalnya hujan lebat namun kedatangan amat menggalakkan.Kedatangan melebihi 75 orang.Pas kawasan Tebrau diwakili oleh ketua Pemuda(Sdr Shamsul Bin Bakri)

Readmore »»

Sunday, November 25, 2012

Penduduk bantah Pemaju pinda pelan asal

PASIR GUDANG – Penduduk di Jalan Selasih Taman Pasir Putih, di sini membantah pelan asal untuk pembangunan perumahan sekitar kediaman diubah kepada lot komersial industri. Wakil penduduk, Rafee Abdullah, 40, mendakwa, pada awalnya, kawasan kurang 50 meter dari kediaman penduduk itu bakal dibangunkan dengan pelbagai kemudahan asas. “Sepatutnya pihak bertanggungjawab berbincang dengan kami mengenai perubahan pada pelan asal bukannya membiarkan kami dibelenggu dengan tanda tanya,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam. Rafee berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan tandatangan daripada penduduk untuk membantah kawasan itu dengan lot industri. “Kita akan kumpulkan tandatangan daripada penduduk dan menyerahkan kepada Adun Tiram, Datuk Maulizan Bujang, pemaju dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
“Kita tidak bersetuju dengan projek ini. Kita minta kekalkan kepada pelan asal untuk pembangunan perumahan,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pasir Putih. Seorang lagi penduduk, Abdul Yatim Ibrahim, 45, berkata, kawasan yang terlalu hampir dengan kediaman penduduk tidak wajar dibangunkan dengan kawasan industri kerana boleh menjejaskan keselamatan penduduk. Menurutnya, kehidupan mereka di kawasan itu selama ini aman dan selesa tanpa sebarang gangguan, tetapi kini mula dihimpit kebimbangan. “Kami mula tidak aman apabila dimaklumkan bakal dibangunkan kilang berhampiran kediaman kami kerana memikirkan kesan pada jangka masa panjang sama ada dari segi kualiti udara dan keselamatan. “Selama ini, anak-anak kami bebas bergerak di sekitar kediaman, tapi kami bimbang apabila kilang dibangunkan, kawasan kami mula dibanjiri warga asing,” katanya. Dalam pada itu, Yang Dipertua MPPG, On Jabbar@ Jaafar berkata, penduduk salah faham dengan graf pengubahan rancangan tempatan yang dipamerkan kerana bimbang kawasan itu dibangunkan dengan industri berat. Menurutnya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan wakil penduduk minggu depan untuk menjelaskan status sebenar industri yang bakal dibangunkan di kawasan itu. “Kawasan itu akan dibangunkan dengan lot industri ringan berbentuk industri kecil dan sederhana (IKS) bukannya industri berat yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk. “Kita minta penduduk jangan salah faham dengan perkara ini dan kita sedia untuk berbincang untuk memberikan penjelasan berhubung isu itu,” katanya. Sumber-Sinar Harian

Readmore »»

Saturday, August 27, 2011

Sumbangan kepada fakir miskin-2011

27hb August 2011

(Kami PCTPP mengalu-galukan kepada sesiapa yang ingin menderma.Sila hubungi kami melalui e-mail atau facebook pas taman pasir putih)

Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat dan aidilfitri 1432H yang bakal tiba...

Pas Cawangan Taman Pasir Putih,Pasir Gudang,Johor(Dun Tiram) telah membuat edaran sumbangan kepada fakir miskin serta golongan kurang upaya disekitar Taman Pasir Putih.
Selepas solat asar petang tadi kami telah berkunjung ke lima buah rumah namun hanya empat buah rumah sahaja berjaya kita ziarah.Sebuah lagi penghuninya tiada dirumah.

From Sumbangan _Org Miskin TPP 2011


Status ibu tunggal(Puan Zaiton Binti Md Zain) No 11 Jalan Asli 21 Tmn Pasir Putih

From Sumbangan _Org Miskin TPP 2011


Status - Sakit angin ahmar(Maseri Bin Abu Bakar) No.102 Asli 10 Taman Pasir Putih.
Sudah empat tahun lebih sakit angin ahmar.Menurut doktor(kata isterinya)"Sel otaknya telah mati tetapi ingatannya tiada masalah"
Pas Taman Pasir Putih mendoakan moga diberikan ketabahan dan cepat sembuh.

From Sumbangan _Org Miskin TPP 2011


Status - Sakit angin ahmar(Yahya Bin Hassan) dari Canggung 6 Taman Pasir Putih.
Sudah tiga tahun lebih sakit angin ahmar.Menurut isterinya,pada mulanya suami isteri kena serang sakit angin ahmar tetapi sekarang ini isterinya telah sihat.
Pas Taman Pasir Putih mendoakan moga diberikan ketabahan dan cepat sembuh.

From Sumbangan _Org Miskin TPP 2011


Status-Ibu tunggal/Fakir.Asalnya beliau tinggal keseorangan dikampung Paya(menjaja penyapu lidi) tetapi selihat kesusahannya ada hamba Allah menyuruh dia pindah tinggal di rumahnya di Jalan Asli Tmn Pasir Putih.

Readmore »»

Saturday, August 20, 2011

Ihya Ramadhan Pas cawangan Taman Pasir Putih

Alhamdulillah .....

Syukur pada Allah...DIAlah sebaik-baik pengatur.Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sewaktu majlis Ihya Ramadhan Pas Cawangan Taman Pasir Putih.

From Majlis Berbuka Puasa 2011-Pas CTPP


From Majlis Berbuka Puasa 2011-Pas CTPP


From Majlis Berbuka Puasa 2011-Pas CTPP

From Majlis Berbuka Puasa 2011-Pas CTPP


From Majlis Berbuka Puasa 2011-Pas CTPP


Readmore »»

Thursday, July 28, 2011

Rehlah Pas Taman Pasir Putih(2011)

Alhamdulillah...program Rehlah Pas Taman Pasir Putih(2011) telah berjaya diadakan dalam suasana meriah dan muhibbah.

Pada mulanya program ini dirancang akan diadakan di Pantai Tanjung Balau namun disebabkan oleh beberapa teknikal program ini dipindahkan ke Pantai Batu layar

From Rehlah Pas_TPP (2011)

(Persiapan untuk sukan bolling kampung oleh Sdr Yusof Mat Amin)

From Rehlah Pas_TPP (2011)


From Rehlah Pas_TPP (2011)


From Rehlah Pas_TPP (2011)




From Rehlah Pas_TPP (2011)


From Rehlah Pas_TPP (2011)


Lagi gambar-gambar yang sempat dirakamkan


Keseluruhannya,program ini sangat bermakna kerana ia berjaya meningkat ukhwah sesama ajk,ahli serta keluarga.

....InsyaAllah kita jumpa lagi di Rehlah Pas Tmn Pasir Putih 2012.....

Readmore »»

Sunday, July 10, 2011

Rehlah 2011 - Pas Taman Pasir Putih

Salam ukwah buat semua!!!

Pas Taman Pasir Putih akan menganjurkan "Rehlah 2011".Program ini akan di adakan seperti berikut:


MySpace Flash Toys


Tarikh :17hb July 2011
Masa :0730 pagi ~ 1230
Tempat : Pantai Tanjung Balau,Desa Rhu
Sasaran peserta(Keluarga AJK dan keluarga ahli-ahli Pas Taman Pasir Putih).
* - Bukan ahli pas pun boleh sertai tetapi sila maklumkan dulu kepada setiausaha.

*: Sila sahkan kehadiran anda kepada setiausaha atau ketua cawangan.

Readmore »»

Friday, July 1, 2011

Khutbah hentam Bersih, Jawi jadi alat Umno



KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengam khutbah Jumaat keluaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibacakan di masjid-masjid di seluruh Kuala Lumpur hari ini, memandangkan ia jelas memburukkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Di tengah kita menyambut Israk dan Mikraj yang mengandungi amat banyak pengajaran besar, Jawi hari ini telah melakukan kesilapan besar dengan mengeluarkan khutbah tersebut yang jelas melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Riduan Mohd Nor menegaskan, pada hal di dalam negara kita ini amat banyak perkara yang perlu diketengahkan oleh Jawi termasuklah usaha-usaha untuk mengatasi gejala sosial dan penghinaan terhadap syariat Islam.

Menurut beliau, tiba-tiba mimbar Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan hari ini dicemari dengan propaganda Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi APCO.

Katanya, DPPP amat kesal apabila masjid yang mulia dicemari dengan politik kotor dan hina yang menjadi pegangan Umno BN selama ini.

"Pada hal jika kita kembali kepada sirah Rasulullah s.a.w, khutbah merupakan medium dakwah yang penting yang mengandungi pelbagai nasihat dan ajaran berguna. Ia disampaikan dengan penuh semangat dan ketika menyampaikan khutbah, Nabi sendiri turut memegang tombak dan pedang.

"Oleh itu, dalam Islam, setiap makmun diwajibkan mendengar khutbah dengan teliti. Malah Nabi sendiri pernah menegur seorang sahabatnya kerana bermain-main dengan anak batu ketika khutbah dibaca," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Isi khutbah, menurut beliau, mesti didengar dan dihadam oleh setiap makmun dan dengan itu ia secara jelas memberikan pengajaran kepada kita bahawa setiap khutbah yang dibacakan di mimbar-mimbar masjid mestilah yang menepati ajaran Islam.

Katanya, bagaimanapun, perkara itu amat berbeza dengan khutbah yang dibacakan di mimbar-mimbar masjid di Kuala Lumpur hari ini kerana ia jelas telah diperalatkan oleh BN untuk propaganda politik murahannya.

"Dengan itu, setiap umat Islam wajib menolak khutbah yang bersalut propaganda politik murahan BN itu dan sebaliknya turut memberikan kerjasama dengan Bersih untuk menolak politik kotor dan hina dan pilihanraya yang kotor dan hina di negara kita," tegasnya.

Rakyat di seluruh negara, katanya, diyakini amat faham dengan tujuan Bersih hendak mengadakan Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang bukannya untuk melakukan kekacauan, tetapi untuk menuntut kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil.

"Oleh itu, di tengah BN menyerang Bersih termasuk dengan menggunakan mimbar masjid, saya yakin sejuta umat Islam akan turun berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, bagi mendesak kerajaan BN yang korup melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil kerana rakyat sendiri sudah tidak tertahan dengan permainan politik kotor BN sejak sekian lama," katanya.

Sementara itu, PAS Wilayah Persekutuan turut kesal dengan teks khutbah Jumaat hari ini yang dikeluarkan oleh Jawi untuk menghentam Bersih.

Dalam keadaan mereka beria-ia menolak politik kepartian di dalam masjid, tetapi Jawi hari ini telah terjebak sebagai alat politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, tindakan menggunakan platform agama untuk mengharam dan melabelkan pelampau kepada Himpunan Bersih 2.0 dikira melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut beliau, label pelampau dan haram dikaitkan kononnya Bersih hendak menimbulkan kekacauan dan kerosakan jelas merupakan satu fitnah yang dilakukan terang-terangan menggunakan mimbar Jumaat.

Katanya, PAS Wilayah Persekutuan amat kesal kerana mimbar Jumaat dijadikan tempat sebaran fitnah, sedangkan umum mengetahui tujuan Bersih adalah untuk berhimpun secara aman bagi mendesak pilihanraya yang bebas dan adil, bukan untuk melakukan kerosakan dan huru-hara.

"Tetapi khutbah yang dikeluarkan oleh Jawi ini melaporkan sebaliknya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

PAS Wilayah Persekutuan juga, menurutnya, kecewa kerana Jawi menggunakan platform khutbah yang berbentuk komunikasi sehala untuk memfitnah himpunan Bersih.

"Kita mohon supaya Jawi sedia berdialog secara terbuka dengan umat Islam dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memastikan di mana haram dan melampaunya himpunan Bersih?

Jika JAWI tidak sedia berdialog, beliau secara tegas mengatakan, itu tandanya JAWI sebenarnya melaksanakan arahan Barisan Nasional.

"Kita hendak ingatkan Jawi supaya tidak menjadi alat BN dan merasakan masjid-masjid di Wilayah milik Barisan Nasional sehingga tergamak melakukan hal ini.

"Perlu diingat, 9 daripada 10 Parlimen di Kuala Lumpur ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan sudah pasti yang mendengar khutbah itu majoritinya menolak politik kotor Barisan Nasional," tegas beliau.

Beliau juga memberitahu PAS Wilayah Persekutuan akan menurunkan lebih 20 ribu orang ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Mereka, katanya akan turun dengan disiplin yang tinggi sebagaimana amalan biasa dalam PAS dan seperti yang telah sedia dimaklumi oleh pihak polis sendiri berhubung akhlak dan disiplin ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sepanjang puluhan himpunan yang pernah diadakan sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail menjelaskan, kesediaan PAS Wilayah Persekutuan menurunkan ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya ke perhimpunan itu adalah selaras dengan arahan Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menururut beliau, PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru ahli-ahlinya supaya menjadikan diri mereka sebagai saksi-saksi sejarah terhadap perubahan demokrasi yang bebas dan bersih dengan penglibatan mereka dalam himpunan itu.

Katanya, himpunan aman yang diadakan itu adalah untuk mendesak kerajaan memulihkan sistem pilihanraya yang kotor selama ini dan ia akan memberi kesan yang cukup besar jika berlaku perubahan.

"Ia akan menjadi catatan sejarah yang akan dibaca dan dipelajari oleh anak-anak dan cucu kita pada masa akan datang dan sudah pasti ibu bapa dan datuk neneknya dahulu salah seorang daripada saksi sejarah tersebut," katanya.

PAS Wilayah Persekutuan juga, menurut beliau, mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dari seluruh negara ke ibu kota bagi menjayakan perhimpunan itu.

Katanya, sehingga kini keadaan di ibu kota begitu aman dan tidak ada sebab untuk ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

"Tambahan pula dengan jumlah anggota polis yang ramai, sudah pasti keamanan lebih terjamin. Di samping itu, 400 peguam yang disediakan parti sepanjang perhimpunan ini akan dapat membantu memastikan peserta sentiasa patuh pada undang-undang," tegasnya.

-Harakahdaily.

Ulasan PTPP

Sepatutnya masjid dijadikan tempat untuk membincangkan dan menerangkan tentang penindasan dan kebenaran tentang ajaran Islam, bukannya menghasut para jemaah membenci Islam. “Isu gejala murtad dan maksiat masih berleluasa. Isu seperti inilah yang sepatutnya dibincangkan dalam pengisian khutbah.....dan banyak lagi isu-isu yang perlu diketengahkan bagi memperbaiki akidah,ibadah,siasah dan lain-lain.

Readmore »»