Sunday, June 19, 2011

Saya memang mahu pakai tudung - Erra



KOTA BHARU – Pelakon popular Erra Fazira menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakannya menjadi model produk tudung sebuah syarikat di sini bertujuan mengembalikan popularitinya yang kini menurun akibat saingan artis baru.

Sebaliknya beliau berkata, tindakannya menerima tawaran syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd. itu selaras dengan niatnya untuk memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti.

Baginya, tidak salah artis menjadi model produk tudung kerana ia merupakan satu tanggungjawab sama jika beliau menjadi model kepada mana-mana syarikat dan produk lain.

“Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta.

“Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu di sini semalam.

Pasctpp

Alhamdulillah...mudah-mudahan berterusan dan berkekalan.

Firman Allah:
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”ayat 59 Surah al-Ahzab

0 Comments:

Post a Comment