Saturday, May 14, 2011

Pengedar-video-seks-fitnah-bakal di timpa bahana


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkannya sebagai pelaku dalam video seks, tidak akan masuk syurga.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka," kata Nik Aziz.

Pertengah Mac lalu, 'Datuk T' merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab menayangkan video tersebut kepada sekumpulan wartawan terpilih.

“Walaupun orang itu menteri ke, tindakan mengaibkan itu tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan video seks itu ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata pihak yang mengedar video itu melakukan kesalahan yang serius dan akan menerima bahana kelak.

Sehingga hari ini, video tersebut bukan sahaja tersebar luas di Internet tetapi turut diagihkan dari rumah ke rumah.

Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat laporan polis berhubung pengedaran video seks tersebut secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai pihak meragui keabsahan video ini sehingga memaksa Eskay membuat sumpah laknat disebuah masjid di Kuala Lumpur.

Namun sumpah laknat itu sekali lagi dikritik banyak pihak termasuk Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ketulenan video seks itu dengan memperoleh pandangan pakar dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun PDRM berpandangan tiada keperluan identiti video tersebut didedahkan. -tvsnews

0 Comments:

Post a Comment